0 item(s) - RM0.00

Sangkar Kucing Stainless Steel

Peminat  kucing  dan  orang  yang  terlibat  dalam  pameran  kucing mempunyai  masalah  dengan  kurungan  kucing  mereka  sama  ada di dalam  rumah , semasa  perjalanan  atau  semasa  pamirkan  kucing  mereka. Orang  yang  suka  kucing , mereka  harap  kucing  dapat  banyak ruangan  pergerakan  tetapi ada masanya  memerlukan  kucing  atau  beberapa kucing  dikurungkan  kerana  keselamatan  kucing  dan  juga  kesihatan orang  ramai.

 

Sangkar  kucing  keluli  tahan  karat  untuk  beberapa ekor kucing dari Berjaya  adalah   amat   sesuai  untuk  kurung  kucing  dan  senang untuk tuannya.

 

Sangkar ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Ini bermakna sangkar tidak akan berkarat. Karat dari logam yang lain akan bercampur dengan makanan dan air di dalam sangkar dan menghasilkan bahaya kepada kesihatan kucing. 304 Gred Stainless steel  tidak  akan  berkarat.

 

Sangkar  ini  direka  untuk  mencegah  kecederaan  pada  kucing. Jaring keluli  tahan  karat  ini  boleh   membenarkan  kaki  kucing  yang suka bermain  muncul dari  sangkar  tetapi   tidak  akan  mencederakannya.

 

Saiz  besar sangkar membolehkan  beberapa  kucing  dipindah  sekali  gus. Kucing tidak akan mengalami kebimbangan dipisah. Ciri ini amat penting ketika mengangkut  kucing  betina   dan  anaknya.

 

Sangkar ini tidak  boleh dilipat.

 

Sangkar  ini direka untuk menyediakan cara yang selesa dan selamat untuk mengurung kucing atau sekumpulan kucing apabila perlu. Keluli tahan karat menghalang kecederaan pada hidung dan kaki sensitif. Sangkar ini direka untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk pemilik haiwan dan kucing.